ShoutMix chat widget

Saturday, February 19, 2011

Produk Buatan Malaysia

Produk Buatan Malaysia
Dalam usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia pada 16 Januari 2009. Kempen yang dijalankan sepanjang tahun ini mempromosikan semua jenis barang buatan Malaysia.

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebut sahaja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya.
Misalnya kereta, Malaysia telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara, Proton Holdings Bhd seperti Proton Gen-2, Proton Exora dan Proton Persona telah banyak menembusi pasaran luar negara seperti Mesir, Indonesia dan United Kingdoms.
Barangan elektronik berjenama buatan Malaysia, Panasonic dengan motonya, Your Enjoyment semakin membanjiri pasaran dengan model terbaru seperti televisyen plasma Viera, peti sejuk NR-B53V1, penghawa dingin Inverter Deluxe dan kipas F-M15A0.
Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti batik, songket dan tenun pua. Syarikat multi-milion, Noor Arfa Batik misalnya, telah menjulang seni batik di mata dunia melalui penghasilan batik lukisan tangan dan bercetak blok untuk pasaran dunia selama hampir 30 tahun. Batik dikomersialkan melalui produk seperti tali leher batik , kaftan, dan kemeja.


Malaysia turut memiliki rangkaian restoran makanan segera tersendiri setanding dengan McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) mahupun Pizza Hut. Radix Fried Chicken (RFC) yang dikendalikan oleh anak syarikat HPA Group, membanggakan Malaysia dengan menunya yang segar-organik-halal dan menyelerakan seperti Ayam Organik Radix, Burger Radix dan Kola Radix.
Kerepek yang merupakan snek kegemaran masyarakat Malaysia mampu bersaing dengan keropok dari luar negara. Kerepek bawang, kerepek keledek ungu, kerepek pisang abu manis, kerepek ubi dan bermacam-macam lagi diusahakan anak wantan melalui syarikat seperti My Kerepek, D’Kerepek House, Mak Long dan Kerepek Oh Kerepek.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya mengutamakan barangan buatan Malaysia kerana ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak iaitu menggalakkan pembangunan industri tempatan serta mengelakkan pengaliran wang keluar dari negara. Apa yang penting ialah mentaliti dan sikap haruslah diubah. Janganlah terus mengagungkan barangan luar dan kikislah sikap prejudis terhadap barangan tempatan. Beralihlah kepada barangan tempatan sebagai tanda sokongan anda terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia!

sumber :
 http://www.noor-arfa.com.my/
http://www.hpa.com.my/hpaic/?cat=13
http://www.mykerepek.com/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_Berhad

No comments:

Post a Comment